Hear from our Clients

Our clients love working with us, just read what they have to say!

Ar. IDr. Azman Md. Hashim

Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan JKR Malaysia

“Secara keseluruhannya, pasukan kontraktor dan pasukan penyeliaan projek telah menunjukkan prestasi yang amat baik, dan memberi komitmen yang tinggi bagi penyiapan projek dengan kualiti yang baik. Kontraktor utama juga didapati sentiasa menunjukkan semangat dan mencari inisiatif yang terbaik dalam usaha membolehkan projek ini berjalan dengan lancar.”

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan kontraktor dan adalah diharapkan agar perkara ini dapat dijadikan contoh dalam pelaksanaan projek-projek lain yang sedang dalam pembinaan.”

Dato' Sri Dr. Adham Baba

Menteri Kesihatan Malaysia

“Saya cukup kagum kerana projek ini disiapkan 38 hari lebih awal dari tarikh siap sebenar.” Tahniah dan syabas kepada syarikat Khariz Builders yang dapat menyiapkan dalam masa yang singkat dan menjimatkan peruntukan kerajaan.”

Datin Hasnah Md Sem

Pelanggan di Bandar Dato Onn
Johor Bahru

“Thank you so much” kepada Team Khariz Builders kerana merealisasikan impian saya. “Perfect.” “Deliver” kualiti yang sangat baik. Sangat “Detail Oriented” dan “Perfectionist.” “Recommended.” Senang berurusan. Puas hati sangat. 

Pn. Saibah Sainel

Pelanggan di Taman Ungku Tun Aminah
Johor Bahru

“Amazing.” Kami tak sangka rumah impian kami jadi kenyataan. “Totally Transformed.” Alhamdulillah, syukur sangat-sangat Khariz Builders siapkan rumah kami dengan cepat dan yang paling penting Khariz Builders “renovate” ikut bajet kami. Saudara mara dan kawan yang datang rumah cakap “Wow, what a beautiful home”. “Happy” sangat-sangat. Hasil kerja yang sangat “detail”, kemas dan teratur. “Recommended” kepada sesiapa yang ingin buat “renovation” rumah mengikut kemampuan masing-masing. “Definitely 5 over 5 stars.”

Tn. Ahmad Tarmimi

Pelanggan di Seri Austin Hills
Johor Bahru

“Terima kasih Khariz Builders dan Team yang telah memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang proses renovasi kediaman saya. “Professional and competent, comply with building specifications and proper construction methods, they give a clear explanation of every construction process from start until handing over.”

Tn. Mohd Ali

PEGAWAI SAFWA GLOBAL VENTURE (M) SDN BHD

“Sepanjang saya berurusan dengan pihak Khariz Builders ianya sangat mudah. Sebarang masalah diselesaikan dengan pantas, jadual yang telah dipersetujui dipatuhi, dan produk yang diberikan sangat bermutu serta mengikut spesifikasi. Kerjasama dan maklum balas yang diberikan juga sangat baik. Team Khariz Builders memberikan respon dengan cepat dan cekap. Saya tidak melihat sebarang kekurangan pada pihak Khariz Builders. Kerjasama yang ditunjukkan, cara bekerja, cara berhubung dengan pelanggan, dan ketepatan masa harus dikekalkan pada masa akan datang. “Confirm” 5 bintang!”

BARISAN PEGAWAI SAFWA GLOBAL VENTURE (M) SDN BHD

“Kami sangat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak Khariz Builders. Sepanjang perjalanan projek, mereka mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi dan sentiasa mengamalkan komunikasi yang jelas serta terbuka. Kerja-kerja telah disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan, dan hasilnya amat memuaskan. Khariz Builders sentiasa peka terhadap keperluan penyesuaian, serta memberikan penyelesaian dan cadangan yang baik bagi setiap masalah yang dihadapi. Kami tidak ragu-ragu untuk mengesyorkan Khariz Builders kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan pembinaan yang berkualiti.”

BARISAN PEGAWAI PELABUHAN TANJUNG PELEPAS

“Bekerjasama dengan pihak Khariz Builders merupakan satu pengalaman yang amat menakjubkan! Dari peringkat perancangan sehingga penyerahan projek, mereka sentiasa mengekalkan tahap komunikasi yang sangat baik dan memastikan pihak kami dimaklumkan tentang setiap perkembangan projek. Pasukan Khariz Builders memiliki kepakaran yang mendalam dalam hal-hal teknikal, serta keupayaan menyelesaikan masalah dengan berkesan dan pantas tanpa menjejaskan kualiti kerja. Kami amat menghargai dedikasi dan profesionalisme mereka, dan pasti akan terus bekerjasama untuk projek-projek yang akan datang.”

Dr. Ahmad Yazeed & Dr. Maisarah

PELANGGAN DI TAMAN IMPIAN EMAS JOHOR BAHRU

“Pengalaman bekerjasama dengan pihak Khariz Builders benar-benar luar biasa. Pengurusan masa mereka begitu cemerlang. Setiap fasa projek dijalankan mengikut jadual, dengan kemajuan yang konsisten dan pantas. Apa yang lebih mengagumkan kami ialah komitmen mereka terhadap kualiti. Kami dibawa sendiri ke “showroom” untuk memilih bahan “premium”, membolehkan kami memilih bahan terbaik yang sesuai dengan keperluan dan cita rasa kami. Komunikasi mereka juga sangat baik, “response” mereka pantas, jelas, dan profesional, menjadikan segala urusan berjalan tanpa sebarang masalah. Sebelum projek bermula, “project presentation” mereka begitu terperinci, terus memberikan kami keyakinan penuh terhadap kepakaran mereka. “Of course,” 5 bintang untuk Khariz Builders!”

Tn. Sharifuddin & Pn. Diana

PENJAWAT AWAM / PEMILIK & GURU TADIKA

“Kami amat berpuas hati dengan profesionalisme, komunikasi, ketepatan masa, dan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Khariz Builders. Cara kerja mereka benar-benar memuaskan, dan InshaAllah kami akan “repeat” lagi untuk projek seterusnya. Kualiti kerja yang diberikan juga amat baik. Team Khariz Builders sangat proaktif dan sentiasa menepati masa dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Teruskan momentum ini, dan semoga Khariz Builders menjadi lebih cemerlang lagi dalam projek-projek akan datang! “Honestly,” 5 bintang!”

Client Stories in Video Testimonials

Our clients love working with us, their face told you everything!

Sign Up for our Newsletter

Be the first to learn about our latest blogs and projects.